Background

17 November 2011

Kecantikan...

Bila mendengar Azan Maghrib...
Tiba-tiba terfikir something
Adakah kita akan memiliki kecantikan sekarang sama dengan kecantikan di akhirat...
Adakah rupa kita akan sama semasa hari kebangkitan nanti...
Mungkin di dunia kita di kurniakan dengan rupa paras yang cantik...
Tapi adakah di akhirat kita berpeluang untuk memiliki rupa paras yang sama...
Di sini saya nak berkongsi sedikit wajah-wajah manusia ketika Hari Kebangkitan
Apa yang saya tahu, kita akan dibangkitkan secara berkelompok. Bagaimana rupa, keadaan dan situasi kelompk2 tersebut...hah, hang baca la kat bawah nie :

  1. Wajah y putih bersih serta bercahaya.
  2. Wajah seperti kera. Mereka ini adalah manusia yang suka mengumpat.
  3. Wajah seperti Khinzir. Mereka adalah kalangan yang suka memakan harta anak-anak yatim.
  4. Berjalan dalam keadaan terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka makan riba
  5. Manusia yang berjalan dalam keadaan buta dan diiring. Mereka adalah kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum
  6. Menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalan sendiri
  7. Berjalan dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah    menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
  8. Manusia yang terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka menggaanggu jirang tertangga.
  9. Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah tidak jujur kepimpinannya.
  10. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka adalah manusia takbur, sombong dan bongkak.


Kesimpulannya,,,kita boleh menempah kecantikan di akhirat,,,
dengan cara...
Laksanakan ibadah yang dituntut Agama dan...
bayakkan membuat kebaikan...
Namun hindari dan tinggalkan larangan-NYA..





p/s : Kata-kata ini adalah untuk peringatan bersama...selamat beramal...hehe ^^

1 comment: