Background

18 October 2012

Kebaikan berpuasa pada 1-9 Zulhijjah (17 hingga 25 oktober 2012)

Sedikit perkongsian yang tak seberapa ni dari saya...hehe

Antara kelebihan bagi orang yang berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah : 

1. Hari pertama Zulhijjah - hari ketika Allah mengampunkan Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijjah. sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

2. Hari kedua Zulhijjah - Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus & mengeluarkannya dari perut ikan nun. sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

3. Hari ketiga Zulhijjah - Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4. Hari keempat Zulhijjah - Nabi Isa dilahirkan. sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya & kefakirannya dan pada hari kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

5. Hari kelima Zulhijjah - Nabi Musa dilahirkan. sesiapa yang berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

6. Hari keenam Zulhijjah - Allah membuka kebaikan untuk Nabi-Nya. sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dgn kasih syg dan dia tidak diseksa semudah itu.

7. Hari kwtujuh Zulhijjah - Semua pintu neraka jahanam ditutup & tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada kesukaran & membuka 30 pintu kemudahan.

8. Hari kelapan Zulhijjah - Dinamakan juga Hari Tarwiyah. sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

9. Hari kesembilan Zulhijjah - disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud :

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”

Uiitt! nnti dulu,,,ada tambahan...hehe

10. Hari kesepuluh Zulhijjah - Hari Raya Aidiladha..sesiapa berkorban dgn satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. sesiapa yang memberi makan org mukmin / bersedekah dgn satu pemberian, maka Allah akan membangkitkan pada Hari Kiamat dgn selamat & timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud

Selamat beramal kawan-kawan... =)

17 November 2011

Kecantikan...

Bila mendengar Azan Maghrib...
Tiba-tiba terfikir something
Adakah kita akan memiliki kecantikan sekarang sama dengan kecantikan di akhirat...
Adakah rupa kita akan sama semasa hari kebangkitan nanti...
Mungkin di dunia kita di kurniakan dengan rupa paras yang cantik...
Tapi adakah di akhirat kita berpeluang untuk memiliki rupa paras yang sama...
Di sini saya nak berkongsi sedikit wajah-wajah manusia ketika Hari Kebangkitan
Apa yang saya tahu, kita akan dibangkitkan secara berkelompok. Bagaimana rupa, keadaan dan situasi kelompk2 tersebut...hah, hang baca la kat bawah nie :

  1. Wajah y putih bersih serta bercahaya.
  2. Wajah seperti kera. Mereka ini adalah manusia yang suka mengumpat.
  3. Wajah seperti Khinzir. Mereka adalah kalangan yang suka memakan harta anak-anak yatim.
  4. Berjalan dalam keadaan terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka makan riba
  5. Manusia yang berjalan dalam keadaan buta dan diiring. Mereka adalah kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum
  6. Menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalan sendiri
  7. Berjalan dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah    menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
  8. Manusia yang terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka menggaanggu jirang tertangga.
  9. Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah tidak jujur kepimpinannya.
  10. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka adalah manusia takbur, sombong dan bongkak.


Kesimpulannya,,,kita boleh menempah kecantikan di akhirat,,,
dengan cara...
Laksanakan ibadah yang dituntut Agama dan...
bayakkan membuat kebaikan...
Namun hindari dan tinggalkan larangan-NYA..





p/s : Kata-kata ini adalah untuk peringatan bersama...selamat beramal...hehe ^^